ISLAM ITU INDAH
Powered By Blogger

Sunday 31 July 2011

#~~MASJID ABDUL RAHMAN~~#


Masjid Abdul Rahman. Masjid ini di bina bersebelahan masjid lama Pengakalan Kakap. Masjid ini di bina lebih besar dan mempunyai kemudahan selengkapnya. Masjid ini juga menjalankan pelbagai aktiviti untuk penduduk di sini. Pegawai Masjid Abdul Rahman terdiri daripada imam: Ustaz Hj Ishak bin Syafie, bilal 1:Ustaz Shoib bin Mustoffa, Bilal 2:Che Hussain Bin Che Awang, Siak 1:Hj ismail Bin Hassan, siak 2: Fahrul Anuar Bin Mansor. Ahli Jawatankuasa masjid ini pula terdiri dari imam Hj Ishak sendiri serta ustaz Hj Yaacob Bin Saad sebagai timbalan Pengerusi, En. Jaafar bin Ismail sebagai setiausaha, En Hashim Bin Abdul sebagai bendahari dan Ust Sobri Bin Hassan, Laazim Bin Hashim,Mohd Radzi bin Taib sebagai ahli jawatankuasa.
Pelbagai aktiviti yang di jalankan berjalan dengan lancar adalah hasil daripada kebolehan pegawai mengurus segala aktiviti dengan baik. Antara aktiviti yang dilakukan selepas solat magrib ialah tzkirah, sirah, tafsir surah, bacaan Yassin, tahlil dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment