ISLAM ITU INDAH
Powered By Blogger

Monday 1 August 2011

*~~~Masalah Dan Kekangan~~~*

Tidak banyak masalah yang di hadapi oleh ustaz Hj Ishak bin Syafie sepanjang beliau menjadi seorang imam di Masjid ini. Namun begitu masih terdapat beberapa masalah kecil seperti kurangnya masyarakat kampung yang datang menunaikan solat di masjid. Hal ini menimbulkan sedikit rasa kecewa di hati ustaz kerana ramai yang tidak mahu datang ke Masjid terutama golongan remaja. Walaubagaimanapun ketika solat jumaat masih ramai penduduk memenuhi masjid.
Pada pendapat saya, untuk menyelesaikan masalah ini kita boleh menggunakan Dakwah. Pelbagai takrif dakwah di kemukakan oleh tokoh-tokoh Islam. Namun, terdapat satu takrif yang menarik perhatian kerana ianya di fikirkan lebih sesuai, iaitu suatu kegiatan ajakan baik dalam bentuk lisan, tulisan,tingkah laku dan sebagainya. Ianya boleh dilakukan secara sedar dan berencana dalam usaha mempengaruhi orang lain baik secara individual mahupun berkelompok supaya timbul kesedaran,penghayatan,pegertian, terhadap ajaran agama sebagai mesej yang di sampaikan kepadanya tanpa ada unsur paksaan.

No comments:

Post a Comment