ISLAM ITU INDAH
Powered By Blogger

Sunday 31 July 2011

#~~MASJID ABDUL RAHMAN~~#


Masjid Abdul Rahman. Masjid ini di bina bersebelahan masjid lama Pengakalan Kakap. Masjid ini di bina lebih besar dan mempunyai kemudahan selengkapnya. Masjid ini juga menjalankan pelbagai aktiviti untuk penduduk di sini. Pegawai Masjid Abdul Rahman terdiri daripada imam: Ustaz Hj Ishak bin Syafie, bilal 1:Ustaz Shoib bin Mustoffa, Bilal 2:Che Hussain Bin Che Awang, Siak 1:Hj ismail Bin Hassan, siak 2: Fahrul Anuar Bin Mansor. Ahli Jawatankuasa masjid ini pula terdiri dari imam Hj Ishak sendiri serta ustaz Hj Yaacob Bin Saad sebagai timbalan Pengerusi, En. Jaafar bin Ismail sebagai setiausaha, En Hashim Bin Abdul sebagai bendahari dan Ust Sobri Bin Hassan, Laazim Bin Hashim,Mohd Radzi bin Taib sebagai ahli jawatankuasa.
Pelbagai aktiviti yang di jalankan berjalan dengan lancar adalah hasil daripada kebolehan pegawai mengurus segala aktiviti dengan baik. Antara aktiviti yang dilakukan selepas solat magrib ialah tzkirah, sirah, tafsir surah, bacaan Yassin, tahlil dan sebagainya.

Saturday 30 July 2011

#~~~Masjid Lama Pengkalan Kakap~~~#

Masjid ini dibina sekitar tahun 1800 dan merupakan masjid tertua di sekitar Merbok, Tanjung Dawai, Bujang, Semeling dn Bedong. Kebanyakan penduduk di kwasan ini semua menggunakan masjid ini. Masjid ini di didirikan oleh tukang Tok Man di bawah kelolaan penghulu Hj Md Salleh.
di masjid ini juga yang teramat mulia Sultan abdul Hamid Sultan Kedah ke 25 selalu datang berehat semasa bagind mengadakan lawatan di Daerah Kuala Muda.
Banggunan ini juga telah di baik pulih pada pertengahan tahun 1994 di bawaah keloan Jabatan Muzium dan Antikuiti.
Hasil temu bual bersama Ustaz Ishak,beliau menceritakan serba sedikit tentang masjid ini. Masjid ini tidak mempunyai bekalan api dan air. Keunikan masjid ini ialah walaupun tidak mempunyai bekalan elektrik seperti kipas namun masjid ini tetap sejuk. Air yang di sediakan untuk mengambil air sembahyang di ambil daripada sungai berdekatan.



*~~Imam Masjid Pengkalan Kakap~~*



Nama sebenar imam ialah Hj Ishak bin Syafie. Beliau berasal dari kampung Pengkalan Kakap. Beliau ialah seorang imam di masjid (Abdul Rahman)Pengkalan Kakap. Beliau telah berkhidmat selama hampir 30 tahun sebagai seorang imam. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah agama Saadatu Darain,Merbok Kedah. Kini, sekolah itu di kenali sebagai maktab Mahmud Merbok,Kedah. Beliau merupakan seorang guru di Sekolah Agama Rakyat tetapi kini telah berpencen. Beliau juga merupakan seorang ustaz di kampung ini. Banyak aktiviti yang telah di jalankan oleh beliau untuk masjid ini seperti mengajar membaca Al-Quran, memberi ceramah agama serta mengajar tajwid kepad penduduk kampung.

Sunday 24 July 2011

~~PENDAHULUAN~~

Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur di atas nikmat yang di beri oleh Nya. Kekuatan, kesabaran, petunjuk serta keikhlasan untuk menyiapkan tugas ini adalah daripada Allah SWT. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuaan terima kasih kepada pensyarah CTU151ustaz Abdul Aziz bin Harjin kerana telah memberikan tugasan ini kepada saya.
Tugasan ini memberi banyak manfaat kepada saya kerana berpeluang mengkaji seorang imam,masjid lama serta masjid baru di Kampung Pengkalan Kakap. Saya mencari maklumat berkaitan dengan imam yang telah lama berkhidmat sebagai imam serta mencari juga tentang masjid lama pengkalan kakap dan majid baru pengkalan Kakap iaitu masjid Ar-Rahman.
Ribuan terima kasih juga pada abang kedua saya Azhar Md isa kerana telah menemani saya menemuramah imam Hj Ishak bin Syafiee.

#~~~~~~ABSTRAK~~~~~#

TAJUK: KETOKOHAN IMAM HJ ISHAK BIN SHAFIE BERDAKWAH SERTA SEJARAH
MASJID LAMA PENGKALAN KAKAP.

Dakwah mengikut Kamus Dewan Edisi ketiga ialah kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan.
Menurut Ensiklopedia Islam dakwah membawa maksud setiap kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah s.w.t sesuai dengan garis akidah, syariat dan akhlak Islamiah. Secara kebahasaan, dakwah adalah kata dasar (masdar) dari kata kerja da’a-yad’u yang bererti panggilan, seruan atau ajakan. Kata dakwah sering dirangkaikan dengan kata “ilmu” dan kata “Islam”, sehingga menjadi “ilmu dakwah” dan “dakwah Islam” atau al-da’wah al-Islamiyah.

Dalam konteks agama dakwah ialah menyeru ke jalan Allah. Perkataan dakwah juga bermaksud masyarakat Islam. Pada zaman Fatimiyyah, dakwah bererti doktrin, agama, masyarakat, mazhab dan parti kepada imam.
Menurut Idris Ahmad pula dakwah ialah mengajak manusia kepada pengabdian diri kepada Allah s.w.t, ia adalah suatu tugas yang mulia dan ia juga merupakan tugas para nabi dan rasul apabila diutuskan menjadi rasul.
Menurut Abu ‘Urwah, pengertian dakwah dari segi bahasa membawa maksud menyeru atau memanggil, sama ada kepada perkara yang haq atau batil. Selain itu, seruan kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t berfirman:
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha Suci Allah (dari segala i’tiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain”.
Surah Yusuf (13): 108

Berdasarkan pengertian tersebut, jelaslah bahawa dakwah merupakan satu kegiatan yang dijalankan oleh segolongan manusia untuk menjalankan menyeru manusia kepada mentaati Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Di samping itu menegah manusia yang melakukan kemungkaran agar kembali ke jalan yang benar.


Nama sebenar imam ialah Hj Ishak bin Syafie. Beliau lebih dikenali sebagai ustaz Ishak atau Hj Ishak.Beliau di lahirkan pada tahun 1936. Beliau telah menjadi imam sejak berumur 40 tahun. Beliau berkhidmat di masjid lama pengkalan kakap tetapi kini masjid itu tidak di gunakan lagi kerana telah ditubuhkn masjid baru yang lebih besar bersebelahannya iaitu masjid Ar-Rahman. Beliau di lahirkan di kampung Pengkalan Kakap,Merbok,Kedah. Beliau di besarkan dan di sekolahkan di Daerah itu. Di sini saya ingin menceritakan tentang aktiviti ustaz sebagai imam serta pendakwah di kawasan ini. Imam juga menjadi tok kadi serta penceramah bebas di sekitar Merbok. Ustaz juga mengadakan kuliah malam di masjid pada waktu malam.Selain itu, saya juga akan menceritkan tentang sejarah masjid lama pengkalan kakap yang kini tidak di gunakan lagi kerana telah di bina sebuah masjid baru bersebelahannya. Kesimpulannya, banyak aktiviti masjid serta akitiviti di kampung ini telah berjalan dengan lancar atas usaha ustaz untuk seluruh penduduk kampung.

~~~~*ISI KANDUNGAN*~~~~

*. Isi kandungan
*. Abstrak
*. Pendahuluan
*. Pengertian dakwah
*. Sejarah Masjid Pengkalan Kakap
*. Peranan imam dan masjid
*. Masalah yang dihadapi
*. Penyelesaian
*. Penutup
*. Bibliografi

Friday 22 July 2011

~~~*MUKA HADAPAN*~~~

# TAJUK #

Ketokohan imam Hj Ishak bin Syafie dan sejarah MASJID LAMA PENGKALAN KAKAP,Merbok Kedah.

# DISEDIAKAN UNTUK #
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU151


# HASIL KERJA #
Siti Aisyah Bt Hj Md isa
No matrix: 2010793511
kumpulan: Csd2Af


# PROGRAM #
Diploma Sains Komputer
CSC110