ISLAM ITU INDAH
Powered By Blogger

Monday 1 August 2011

~~~# Penutup #~~~

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur ke hadrat ilahi akhirnya kerja kursus Ctu 151 saya telah berada di penghujung. Setelah beberapa minggu saya bertungkus lumus menyiapkan kerja kursus ini terdapat beberapa kesimpulan yang boleh di dapati antaranya peranan Ustaz Hj Ishak sebagai imam, Kelebihan serta sejarah Masjid lama Pengakalan Kakap serta Masjid baru (ABD Rahman) yang sedang beroperasi kini.
Kesimpulannya juga dapat di simpulkan tentang kepentingan dakwah. Pelbagai masalah serta jalan penyelesaiannya yang dapat di ambil menggunakan psikologi dakwah.
Sekian Terima Kasih.

*..Bibliografi..*

rujukan pertama
  • Psikologi dakwah,
  • Ab. Aziz mohd Zain
  • Jabatan Kemajuan Islam
  • Cetakn pertama 1999
rujukan kedua
  • Fikiran dan budaya Islam
  • Ismail R.Al Faruqi
  • Cetakan pertama 1990
  • Hak cipta Dewan Bahasa Dan Pustaka
rujukan ketiga

  • Dakwah dan Pengurusan Islam di Malaysia
  • (konsep dan perlaksanaan)
  • Cetakan pertama 2000
  • Hak cipta Universiti Kebangsaan Malaysia
rujukan keempat

  • Tokoh-tokoh Pemikiran Dakwah
  • Mohammad Kamil Hj Ab Majid
  • Angkatan belia Islam Malaysia (ABIM)
  • cetakan 1990
  • Dewan Pustaka Islam
rujukan kelima
  • Wasiat- wasiat Dakwah
  • Syeikh Ab Aziz bin Ba'z
  • Karisma Publication Sdn Bhd
  • cetakan pertama 2008


*~~~Masalah Dan Kekangan~~~*

Tidak banyak masalah yang di hadapi oleh ustaz Hj Ishak bin Syafie sepanjang beliau menjadi seorang imam di Masjid ini. Namun begitu masih terdapat beberapa masalah kecil seperti kurangnya masyarakat kampung yang datang menunaikan solat di masjid. Hal ini menimbulkan sedikit rasa kecewa di hati ustaz kerana ramai yang tidak mahu datang ke Masjid terutama golongan remaja. Walaubagaimanapun ketika solat jumaat masih ramai penduduk memenuhi masjid.
Pada pendapat saya, untuk menyelesaikan masalah ini kita boleh menggunakan Dakwah. Pelbagai takrif dakwah di kemukakan oleh tokoh-tokoh Islam. Namun, terdapat satu takrif yang menarik perhatian kerana ianya di fikirkan lebih sesuai, iaitu suatu kegiatan ajakan baik dalam bentuk lisan, tulisan,tingkah laku dan sebagainya. Ianya boleh dilakukan secara sedar dan berencana dalam usaha mempengaruhi orang lain baik secara individual mahupun berkelompok supaya timbul kesedaran,penghayatan,pegertian, terhadap ajaran agama sebagai mesej yang di sampaikan kepadanya tanpa ada unsur paksaan.