ISLAM ITU INDAH
Powered By Blogger

Sunday 24 July 2011

#~~~~~~ABSTRAK~~~~~#

TAJUK: KETOKOHAN IMAM HJ ISHAK BIN SHAFIE BERDAKWAH SERTA SEJARAH
MASJID LAMA PENGKALAN KAKAP.

Dakwah mengikut Kamus Dewan Edisi ketiga ialah kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan.
Menurut Ensiklopedia Islam dakwah membawa maksud setiap kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah s.w.t sesuai dengan garis akidah, syariat dan akhlak Islamiah. Secara kebahasaan, dakwah adalah kata dasar (masdar) dari kata kerja da’a-yad’u yang bererti panggilan, seruan atau ajakan. Kata dakwah sering dirangkaikan dengan kata “ilmu” dan kata “Islam”, sehingga menjadi “ilmu dakwah” dan “dakwah Islam” atau al-da’wah al-Islamiyah.

Dalam konteks agama dakwah ialah menyeru ke jalan Allah. Perkataan dakwah juga bermaksud masyarakat Islam. Pada zaman Fatimiyyah, dakwah bererti doktrin, agama, masyarakat, mazhab dan parti kepada imam.
Menurut Idris Ahmad pula dakwah ialah mengajak manusia kepada pengabdian diri kepada Allah s.w.t, ia adalah suatu tugas yang mulia dan ia juga merupakan tugas para nabi dan rasul apabila diutuskan menjadi rasul.
Menurut Abu ‘Urwah, pengertian dakwah dari segi bahasa membawa maksud menyeru atau memanggil, sama ada kepada perkara yang haq atau batil. Selain itu, seruan kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t berfirman:
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha Suci Allah (dari segala i’tiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain”.
Surah Yusuf (13): 108

Berdasarkan pengertian tersebut, jelaslah bahawa dakwah merupakan satu kegiatan yang dijalankan oleh segolongan manusia untuk menjalankan menyeru manusia kepada mentaati Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Di samping itu menegah manusia yang melakukan kemungkaran agar kembali ke jalan yang benar.


Nama sebenar imam ialah Hj Ishak bin Syafie. Beliau lebih dikenali sebagai ustaz Ishak atau Hj Ishak.Beliau di lahirkan pada tahun 1936. Beliau telah menjadi imam sejak berumur 40 tahun. Beliau berkhidmat di masjid lama pengkalan kakap tetapi kini masjid itu tidak di gunakan lagi kerana telah ditubuhkn masjid baru yang lebih besar bersebelahannya iaitu masjid Ar-Rahman. Beliau di lahirkan di kampung Pengkalan Kakap,Merbok,Kedah. Beliau di besarkan dan di sekolahkan di Daerah itu. Di sini saya ingin menceritakan tentang aktiviti ustaz sebagai imam serta pendakwah di kawasan ini. Imam juga menjadi tok kadi serta penceramah bebas di sekitar Merbok. Ustaz juga mengadakan kuliah malam di masjid pada waktu malam.Selain itu, saya juga akan menceritkan tentang sejarah masjid lama pengkalan kakap yang kini tidak di gunakan lagi kerana telah di bina sebuah masjid baru bersebelahannya. Kesimpulannya, banyak aktiviti masjid serta akitiviti di kampung ini telah berjalan dengan lancar atas usaha ustaz untuk seluruh penduduk kampung.

No comments:

Post a Comment